Home Tempatan Jual tanah wakaf, dua bekas AJK masjid ditahan SPRM

Jual tanah wakaf, dua bekas AJK masjid ditahan SPRM

SHARE

KUALA LUMPUR, 3 Mei ― Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan bekas pengerusi dan bekas setiausaha jawatankuasa sebuah masjid di Melaka kerana dikatakan terbabit rasuah dalam proses penjualan tanah wakaf masjid berkenaan.

Menurut sumber SPRM, suspek berusia 61 dan 46 tahun itu dipercayai menerima wang sogokan bernilai RM116,000 bagi melancarkan proses jual beli tanah wakaf milik masjid itu di Kampung Bukit Cina, Melaka.

“Kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah daripada seorang lelaki bukan Islam dalam proses jual tanah wakaf itu pada 2012.

“Kedua-dua mereka ditahan ketika hadir ke pejabat SPRM Negeri Melaka untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes itu petang tadi,” kata sumber itu.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan itu.

Beliau berkata kedua-dua individu terbabit akan direman esok untuk membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 405 Kanun Keseksaan. ― Bernama

The Malay Mail Online

 

Comments