Home Tempatan Jika JAKIM Kekal, Dana JAKIM Untuk Tahfiz Perlu Dihentikan – Siti Kasim

Jika JAKIM Kekal, Dana JAKIM Untuk Tahfiz Perlu Dihentikan – Siti Kasim

SHARE

Petaling Jaya, Selangor: Kerajaan perlu memastikan bahawa dana yang diberikan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak digunakan untuk membiayai sekolah-sekolah tahfiz sekiranya keputusan dibuat untuk mengekalkan badan agama itu, demikian gesaan peguam, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim.

Siti Kasim membuat dakwaan bahawa ratusan sekolah tahfiz menggunakan dana yang diagihkan melalui JAKIM dan sekolah-sekolah ini tidak melalui pemeriksaan betul dan penelitian prosedur sebelum mendapat dana.

Siti Kasim berpandangan bahawa agama dan politik perlu diasingkan dan mana-mana ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke sekolah tahfiz berhak berbuat demikian, tetapi mereka perlu membiayai perbelanjaan sekolah-sekolah itu tanpa bantuan kerajaan.

Menurutnya, kaedah ini diamalkan oleh penganut agama lain di negara ini kerana sekolah-sekolah agama mereka tidak didanai oleh kerajaan.

“Penganut agama lain perlu melakukannya. Sekolah-sekolah agama mereka tidak dibiayai oleh kerajaan.”

Sebagai pembayar cukai, wang hasil cukai mereka turut digunakan untuk membiayai sekolah-sekolah tahfiz.

Komentar Siti Kasim dibuat berikutan pengumuman Putrajaya bahawa sebuah jawatankuasa akan ditugaskan untuk membuat keputusan sama ada JAKIM akan terus dengan peranan yang dimainkan sekarang atau “dikembalikan untuk menjalankan peranan asal”.

Berkenaan dengan pendapat Tawfik Ismail yang menyarankan JAKIM ditutup serta merta,

Beliau bersetuju dengan Tawfik Ismail dan mempersoalkan tentang apa sebenarnya peranan JAKIM.

Beliau turut memberi komen tentang pendapat yang menyatakan bahawa permulaan kewujudan JAKIM ialah untuk menyanggah PAS.

“Kenapa? Pedulikan PAS. Kerajaan mempunyai jentera dan keupayaan untuk memberitahu kepada awam, terutamanya orang Melayu, apa itu Islam sebenar, bukan jenis Islam PAS atau khutbah yang disampaikan golongan yang kononnya digelar ulamak-ulamak”.

Comments