Home Antarabangsa ‘Jenayah kemanusiaan berlaku di Myanmar’

‘Jenayah kemanusiaan berlaku di Myanmar’

SHARE
Lee

LONDON – ENGLAND. Seorang pegawai PBB mendakwa jenayah kemanusiaan telah dilakukan oleh pasukan keselamatan Myanmar terhadap penduduk Islam Rohingya.

Pelapor khas untuk hak asasi manusia, Yanghee Lee membuat pendedahan itu sebagai sebahagian daripada siasatan bersama BBC.

Menurut Lee, beliau tidak diberikan akses ke kawasan konflik di barat Myanmar itu, namun memperoleh bukti selepas bertemu dengan pelarian Rohingya di Bangladesh.

“Situasi sebenar adalah jauh lebih buruk. Ia jelas menunjukkan tentera, pengawal sempadan dan polis telah melakukan jenayah kemanusiaan. Ia adalah perbuatan ‘sistemik’ dalam kalangan pasukan keselamatan Myanmar.

“Kerajaan pimpinan pejuang demokrasi, Aung San Suu Kyi juga perlu menanggung sebahagian daripada tanggungjawab itu,” tegasnya.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya menjawab segala persoalan dan bertindak balas dengan laporan penyeksaan ganas serta tidak berperikemanusiaan ke atas golongan minoriti tersebut.

Sinar Online

Comments