Home Antarabangsa Jenayah Israel ke atas Palestin meningkat bulan lalu

Jenayah Israel ke atas Palestin meningkat bulan lalu

SHARE

RAMALLAH, 27 Rabiulawal 1440H, Rabu – Sekurang-kurangnya 24 rakyat Palestin terbunuh, manakala 232 yang lain cedera dalam serangan rejim pengganas Israel sepanjang bulan lalu.

Menurut laporan Jabatan Perhubungan Antarabangsa Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), 21 rakyat Palestin terbunuh akibat terkena tembakan di wilayah dikepung – Semenanjung Gaza – dan selebihnya di Tebing Barat yang diduduki.

Laporan yang dikeluarkan semalam berkata, rejim Zionis menembak mati tujuh warga Palestin ketika serangan di Khan Younis, selatan Gaza, manakala lapan yang lain terbunuh dalam serangan udara selama tiga hari yang dilancarkan jet pejuang rejim di wilayah miskin itu.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments