Home Antarabangsa Jemaah mula menyesuaikan diri di Madinah

Jemaah mula menyesuaikan diri di Madinah

SHARE
JEMAAH melakukan aktiviti ziarah di Madinah. - UTUSAN ONLINE

MADINAH 16 Julai – Jemaah Malaysia yang sudah berada di Madinah mula menyesuaikan diri dengan persekitaran dan keadaan cuaca panas di sini.

Sebaik sahaja tiba, mereka berehat selepas menempuh perjalanan yang panjang kira-kira lapan jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Selepas itu kelibat jemaah haji Malaysia mula kelihatan di Masjid Nabawi bersolat fardu lima waktu serta solat sunat yang lain.

Setakat semalam seramai 1,910 jemaah Malaysia sudah tiba di Madinah menerusi empat penerbangan.

Hari ini, dua lagi penerbangan membawa 983 jemaah akan bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12 tengah malam dan 5.45 pagi.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments