Home Antarabangsa Jemaah ingkar syarat dihukum

Jemaah ingkar syarat dihukum

Tinggal melebihi tempoh dijel 6 bulan, denda RM53,119 serta diusir pulang

SHARE

RIYADH 1 Jun – Jemaah umrah yang tinggal di Arab Saudi melebihi tempoh visa mereka akan didenda sebanyak 50,000 riyal (RM53,119) dan penjara enam bulan sebelum akan diusir pulang.

Saudi Gazette yang memetik kenyataan Lembaga Pengarah Umum Pasport (Jawazat) sebagai berkata, pihaknya menggesa semua jemaah umrah mematuhi jadual perjalanan mereka dan keluar dari Arab Saudi sebelum tamat tempoh visa masuk mereka.

Menurut Jawazat, mereka yang datang ke negara ini de­ngan visa umrah tidak dibenarkan keluar dari kawasan Mekah, Jeddah dan Madinah.

Malah Jawazat turut memberi amaran kepada rakyat dan penduduk Arab Saudi supaya tidak membawa, menggaji, melindu­ngi atau menyembunyi­kan me­reka yang memiliki visa umrah.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments