Home Tempatan JAWI Laksana Proses 4P Perkahwinan Mulai 2 Okt

JAWI Laksana Proses 4P Perkahwinan Mulai 2 Okt

SHARE

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan melaksanakan proses 4P iaitu Perintah Pengesahan Pendaftaran Perkahwinan mulai 2 Okt ini.

Pengarahnya Abdul Aziz Jusoh berkata proses 4P memberi peluang kepada pasangan yang telah berkahwin atau berpoligami tetapi tidak mematuhi Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) untuk membuat pendaftaran perkahwinan di jabatan itu.

“Sehubungan itu mana-mana pasangan yang menepati syarat ditetapkan hendaklah membuat permohonan pendaftaran perkahwinan di JAWI sebelum urusan selanjutnya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syarat-syarat permohonan 4P adalah pemohon perlu bermastautin di wilayah-wilayah persekutuan semasa perkahwinan dijalankan; perkahwinan yang belum didaftarkan di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) atau Pejabat Agama Islam Daerah di Malaysia dan perkahwinan yang berlaku selepas 28 Jun 1984 iaitu selepas tarikh kuat kuasa Akta 303.

Proses 4P juga boleh dimohon oleh mereka melangsungkan perkahwinan berlawanan dengan Akta 303 seperti perkahwinan tanpa kebenaran mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri, poligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah dan perkahwinan di luar negara dan tidak didaftarkan selepas tempoh enam bulan dari tarikh perkahwinan.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Bernama

Comments