Home Tempatan JAWI Ketuai Pengurusan Jenazah Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

JAWI Ketuai Pengurusan Jenazah Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

SHARE

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan mengetuai kumpulan pengurusan jenazah mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Menurut Pengarah JAWI Haji Abdul Aziz Bin Jusoh, JAWI akan mengetuai pengurusan jenazah bagi pelajar dan juga guru tahfiz yang terkorban di dalam kejadian pada pagi 14 September 2017.

“Jenazah-jenazah akan diuruskan selepas keputusan DNA dijangka diperolehi pada esok hari (15 September). Walau bagaimanapun, pasukan pengurusan jenazah telah bersedia untuk menguruskan jenazah-jenazah berkenaan bermula tengah hari tadi sehingga urusan tersebut selesai.”

Di samping itu, beliau menyeru umat Islam untuk berdoa meminta supaya urusan pengebumian dipermudahkan dan berjalan lancar.

 

Comments