Home Tempatan Jawatankuasa khas bakal ditubuhkan, tingkatkan penguasaan bahasa Melayu di SJKC

Jawatankuasa khas bakal ditubuhkan, tingkatkan penguasaan bahasa Melayu di SJKC

SHARE

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Satu jawatankuasa khas berkaitan tahap penguasaan dan prestasi bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) bakal ditubuhkan dalam mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pelajar itu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata, jawatankuasa tersebut akan merangka program-program dan meneliti kaedah-kaedah yang paling sesuai untuk membantu murid-murid SJKC dalam meningkatkan penguasaan bahasa Melayu mereka.

“Hasil mesyuarat pada hari ini yang terdiri daripada 18 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wakil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa itu dalam masa dua minggu sementara pemilihan ahli tetap yang bakal menganggotai jawatankuasa tersebut dapat dibuat.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

UTUSAN ONLINE

Comments