Home Antarabangsa Jawatan Trump bantu Israel tingkatkan agenda jajah Palestin

Jawatan Trump bantu Israel tingkatkan agenda jajah Palestin

SHARE

GENEVA, 3 Jamadilakhir 1438H, Khamis – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik tindakan rejim Israel ekoran melanggar undang-undang antarabangsa dan gagal mematuhi gesaan untuk menghentikan aktiviti penempatan haram Yahudi di wilayah itu.

Berucap pada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva Isnin lalu, Mahmoud turut menasihatkan Israel supaya tidak meneruskan rancangan mereka memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Jerusalem, yang disifatkan sebagai ibu negara bagi rakyat Palestin pada masa akan datang.

Ucapan beliau sebagai mengulas janji kempen Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu memindahkan kedutaan Amerika ke Jerusalem sebagai tanda pengiktirafan bandar kepada ibu negara Israel.

Sementara itu, penganalisi dan pakar sejarah, Geoffrey Alderman berkata, beliau percaya jawatan Trump sebagai presiden AS telah memberanikan Israel untuk meningkatkan agenda penjajahan mereka di wilayah Palestin.

“Trump telah menyuntik satu realiti baharu, politik baru sebenar ke Timur Tengah, khususnya konflik Israel-Palestin…… Trump memberikan lampu hijau kepada perkembangan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat,” katanya.

Merujuk kepada hubungan baru yang terbentuk antara negara-negara Arab tertentu di Timur Tengah dan Israel, beliau berkata, tiada lagi pihak yang boleh diharapkan untuk mempertahankan perjuangan penduduk Palestin.

“Terdapat satu revolusi diplomatik dijalankan di Timur Tengah. Dan bukan sahaja Arab Saudi, malah negara-negara Teluk, semua berniat dengan beberapa tujuan tanpa sebenarnya berkata demikian,” katanya. – Agensi

Comments