Home Tempatan Jangkaan cuaca buruk di utara dan pantai timur Semenanjung

Jangkaan cuaca buruk di utara dan pantai timur Semenanjung

SHARE

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang melanda beberapa daerah di negeri di utara dan pantai timur.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Facebook METMalaysia kira-kira jam 6.05 pagi tadi, keadaan itu dijangka berterusan sehingga lewat pagi hari ini.

Antara negeri terbabit adalah Perlis, Kedah (Daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling dan Perak (Daerah Hulu Perak).

Negeri lain terbabit dengan amaran itu adalah Pahang (Daerah Pekan dan Kuantan), Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah dan Jeli).

Selain itu, Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) diberi amaran sama.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Berita Harian

Comments