Home Tempatan Jangan politikkan himpunan: Irmohizam

Jangan politikkan himpunan: Irmohizam

SHARE

SHAH ALAM – Kejayaan Himpunan 355 memberi mesej kepada pembangkang bahawa perkara berkaitan umat Islam di negara ini tidak perlu dipolitikkan.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, latar belakang politik yang berbeza tidak menjadi penghalang buat umat Islam di negara ini mempertahankan kedaulatan agamanya.

“Saya terharu melihat perpaduan dan keutuhan umat Islam yang dibuktikan melalui himpunan tersebut.

“Mereka bersatu untuk pastikan himpunan berkenaan dapat digerakkan tanpa melihat latar belakang politik masing-masing dan saya melihat ini sebagai respons baik,” katanya, semalam.

Sabtu lalu, Himpunan 355 berjaya menghimpunkan kira-kira 20,000 peserta daripada pelbagai peringkat.

Menurut Irmohizamm, kehadiran peserta bukan beragama Islam pada perhimpunan itu turut membuktikan RUU 355 masih boleh difahami oleh mereka.

“Kehadiran individu bukan beragama Islam pada himpunan tersebut membuktikan mereka faham bahawa RUU 355 hanya mengaitkan umat Islam. Mereka yang hadir memahami tentang prinsip dalam Perlembagaan iaitu Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya.

Sinar Online

Comments