Home Tempatan ‘Jangan letak status bapa tidak diketahui’

‘Jangan letak status bapa tidak diketahui’

SHARE

KUANTAN – Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman menasihatkan agar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak meletakkan status bapa tidak diketahui dalam sijil kelahiran anak-anak tidak sah taraf.

Sebaliknya beliau meminta supaya menggunakan berbin/berbintikan Abdullah atau nama-nama Allah yang lain seperti yang dinyatakan dalam al-Quran terhadap anak terbabit.

“Jangan tulis tidak diketahui, hendaklah sebut Abdullah, Abdul Rahman atau nama Allah lain. Tiada masalah dan dibolehkan kalau tidak mahu gunakan Abdullah dan itu lebih selamat.

“Yang jadi masalahnya bila ayah tidak diketahui,itu tak betul. Sepatutnya tak boleh begitu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Diskusi Ilmiah Fatwa Negeri Pahang yang Telah Diwartakan: Satu Pencerahan anjuran Pertubuhan Ahli Sunnah  Wal Jamaah (Aswaja) di pejabat Aswaja yang turut dihadiri Pengerusinya, Yunan Abdul Samad.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan Pahang tetap kekal mengikut keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan iaitu anak yang dilahirkan ibu beragama Islam kurang enam bulan daripada tarikh perkahwinan dianggap anak tidak sah taraf.

“Kalau kita benarkan menggunakan nama bapa biologi, ia akan menyebabkan banyak kerosakan seperti menggalakkan anak-anak muda berzina kerana mereka tidak takut,” katanya lagi.

Sinar Online

Comments