Home Tempatan Jangan guna masjid untuk politik, titah Tengku Abdullah

Jangan guna masjid untuk politik, titah Tengku Abdullah

SHARE
KUALA LUMPUR, 17 Okt -- Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengumumkan menawar diri untuk bertanding dalam jawatan Exco FIFA pada pemilihan 2015 pada sidang media khas di sini, hari ini. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, Oct 17 -- Football Association of Malaysia (FAM) president, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah announced today that he will stand for an International Football Federation (FIFA) executive board seat for 2015, during an exclusive media conference here today. --fotoBERNAMA (2014) COPYRIGHT RESERVED

KUANTAN, 6 Jun — Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan semua pentadbir masjid dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) agar tidak menjadikan masjid atau surau sebagai platform “bermain” politik.

Mengambil contoh isu yang berlaku di Selangor baru-baru ini, baginda dengan tegas mahu kesucian masjid dan surau di negeri ini sentiasa dipelihara.

“Semua pihak perlu sedar dan jelas, masjid adalah tempat untuk kita mengamalkan dan mendalami ajaran Islam…bukan untuk hal duniawi lain,” tegas baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis berbuka puasa bersama rakyat dan pengurniaan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di perkarangan Masjid Tengku Abdullah Peramu, dekat sini.

Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat menyempurnakan pengurniaan sumbangan kepada 350 penerima sekitar kawasan Peramu, Kuantan.

Seramai 314 orang nelayan turut menerima Elaun Sara Hidup dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada majlis berkenaan.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah turut menggalakkan setiap masjid di negeri Pahang menunaikan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat seperti yang dinasihatkan Mufti Negeri.

“Ibadat di bulan Ramadan perlu diperbanyakkan dalam memastikan amalan kita diterima dan memperoleh pahala berganda,” titah baginda.

Sementara itu, baginda turut berharap agar semua umat Islam khususnya di negeri ini menjadikan bulan Ramadan sebagai peluang merapatkan silaturahim.

The Malay Mail Online

Comments