Home Tempatan Jangan guna agama untuk menipu

Jangan guna agama untuk menipu

SHARE

SEREMBAN – Syarikat agensi pelancongan dinasihatkan supaya tidak menggunakan agama untuk melakukan penipuan, khususnya melibatkan pakej umrah.

Presiden, Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta), Datuk Tan Kok Liang berkata, sebanyak RM5.1 juta kompaun telah dikenakan kepada syarikat agensi pelancongan yang gagal melunaskan pakej umrah di negara ini.

Sejak 2012 sehingga Ogos tahun ini, lebih 9,000 syarikat agensi pelancongan didenda berikutan gagal melunaskan pakej umrah sepertimana yang dijanjikan kepada pengguna.

“Mengikut statistik lebih 250,000 individu ditipu melibatkan pakej umrah antaranya pakej tidak wujud, tiada nama dalam senarai penerbangan dan lain-lain masalah.

“Jumlah itu melibatkan kerugian lebih RM100 juta bagi seluruh negara,” katanya ketika berucap merasmikan Pameran Pelancongan Matta Fair Negeri Sembilan 2017, di Palm Mall, semalam.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments