Home Tempatan Jangan cabar fatwa ulama

Jangan cabar fatwa ulama

SHARE

ISLAM telah menetapkan lelaki hendaklah menjadi lelaki, perempuan menjadi perempuan mengikut sunnatullah yang ditetapkan.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, hikmah ALLAH SWT dalam penciptaan sudah pasti membawa pelbagai rahmat dan rahsia-Nya kepada makhluk seperti manusia.

Menurutnya, jangan sesekali mencabar fatwa diputuskan ulama tanpa hujah kukuh kerana mereka bukan mengeluarkan hukum sesuka hati dan juga mahu kepada pengaruh atau harta benda dunia tetapi fatwa diberikan mempunyai asas sandaran dan sumber muktamad daripada al-Quran, as-Sunnah, kias dan juga ijmak.

“Menghormati ulama salah satu ciri Muslim dan Mukmin yang baik. Kalaulah kita tidak menghormati ulama,  siapa lagi yang patut kita hormati.

“Memuliakan syarak dan mematuhinya hendaklah mengatasi segala-galanya. Ia sekali-kali tidak boleh dihukum kepada hukum syarak kerana ia datang daripada ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, hukum bukanlah diasaskan kepada logik akal semata-mata atau berasaskan sebagai kebebasan hak setiap manusia tetapi dalam Islam hendaklah berpandukan wahyu Ilahi dan hadyun nabawi (petunjuk Nabi SAW).

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments