Home Tempatan Jangan ambil ilmu daripada internet

Jangan ambil ilmu daripada internet

SHARE

Mufti Wilayah, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, terlalu banyak maklumat yang bersifat sensasi, tidak sahih atau amat lemah. Boleh jadi juga ianya palsu dan menyeleweng daripada fakta yang sebenarnya. Banyak juga hadis-hadis yang tersebar sedangkan ia sudah lama dihukum oleh ulama, thiqah (dipercayai) dalam bidang ini tentang kepalsuannya. Justeru, sewajarnya perlu berhati-hati dan menapisnya terlebih dahulu, antaranya dengan bertanya kepada tuan-tuan guru, para asatizah yang mengetahui.

Menerusi ulasannya di Bayan Linnas, laman web Pejabat Mufti Wilayah, beliau turut menjelaskan, terdapat banyak maklumat berkenaan dengan agama kita berlegar di laman sesawang dan kadang-kadang ditularkan hingga disangkakan itulah agama yang sebenarnya.

“Tidak dinafikan, banyak sekali informasi yang disampaikan dan sering kali juga kita terlepas pandang akan kebenaran di sebaliknya. Antara maklumat-maklumat yang sering dikongsi adalah, hadis palsu yang disandarkan kepada Nabi SAW, tafsiran yang lemah, pendapat asing dan pelik, pendapat yang lemah dan juga pendapat yang menyalahi pendapat imam mazhab setempat atau muktabar.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Sinar Online

Comments