Home Tempatan Jangan ada sesal lepas balik haji

Jangan ada sesal lepas balik haji

SHARE

APABILA seseorang itu dipilih Allah untuk mengerjakan haji, selain aspek penting pengetahuan rukun dan wajib haji yang perlu dipelajari, jemaah juga perlu mempersiap diri dari segi fizikal, mental, emosi dan spiritual supaya lebih bersedia untuk menghadapi apa yang bakal dilalui kelak.

Ini kerana haji adalah ibadat perbuatan, justeru sabar, tabah dan reda sepatutnya mengiringi perjalanan serta keberadaan mereka di Mekah.

Dengan berjuta-juta umat Islam dari seluruh dunia datang menyahut panggilan Ilahi, Mekah sentiasa dipenuhi dengan manusia dan jemaah akan berhadapan dengan pelbagai ujian serta cabaran.

Bayangkan betapa padatnya manusia dalam kawasan yang terhad seperti di Arafah, Muzdalifah dan Mina, kesesakan jalan raya perlu diharungi.

Itu belum lagi ketika melakukan tawaf dan sai, wuquf, melontar tiga jamrah sebanyak tiga kali dengan jarak antara satu sama lain bukannya dekat yang memerlukan jemaah berjalan beberapa kilometer sehari.

Jika rapuh sifat sabar, tabah dan reda, apakah maknanya ibadah yang dilakukan.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments