Home Tempatan JAKIM Kekalkan Pendirian Sama Dengan JPN Berkenaan Anak Tak Sah Taraf

JAKIM Kekalkan Pendirian Sama Dengan JPN Berkenaan Anak Tak Sah Taraf

SHARE

Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengguna pakai polisi sedia ada berhubung penasaban Anak Tidak Sah Taraf orang Islam sehinggalah keputusan Mahkamah Persekutuan diperolehi.

Perkara ini ditegaskan oleh Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Dato’ Haji Othman Mustapha sebentar tadi.

“Merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini berhubung dengan isu Anak Tidak Sah Taraf. Jabatan ini mempunyai pendirian yang sama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) iaitu penasaban Anak Tidak Sah Taraf orang Islam diteruskan seperti sedia ada sehinggalah keputusan Mahkamah Persekutuan diperolehi.”

JAKIM juga menyeru dan menasihati umat Islam supaya bertenang sementara pihak JPN melalui Jabatan Peguam Negara menfailkan rayuan kes tersebut ke Mahkamah Persekutuan.

Comments