Home Tempatan Jakim tidak akan dibubarkan – Dr. Fuziah

Jakim tidak akan dibubarkan – Dr. Fuziah

SHARE

KUALA LUMPUR 20 Julai – Kerajaan tidak berhasrat untuk membubarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Fuziah Salleh berkata, peranan, fungsi dan struktur Jakim akan dikaji semula bagi memperkasakan kedudukannya sebagai agensi agama Islam di peringkat Persekutuan supaya menjadikan institusi itu lebih efisien.

“Dalam hal ini, usaha ke arah memperkasa dan memartabatkan Islam dari semua aspek sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan menerusi gerak kerja berterusan dan komprehensif.

“Langkah ini juga selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan pada masa sama agama-agama lain dapat diamalkan dengan aman dan damai,” katanya.

Beliau menjawab soalan dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat, semalam.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments