Home Antarabangsa JAKIM sedia bantu Jepun sedia sijil halal untuk Olimpik

JAKIM sedia bantu Jepun sedia sijil halal untuk Olimpik

SHARE

TOKYO: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedia menawarkan kepakaran pensijilan halal dan bekerjasama dengan kerajaan Jepun yang akan menganjurkan Sukan Olimpik 2020.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, berkata kerjasama itu untuk penyediaan makanan halal para atlet yang akan menyertai sukan itu.

Katanya tindakan itu adalah susulan pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya di Tokyo pada 20 November tahun lalu berkaitan perkara itu.

“JAKIM sedia menghantar para pegawainya untuk memberi latihan dan mengemaskinikan sistem untuk mengeluarkan produk ‘halalal toyibban’.

“Kerjasama ini ibarat peluang keemasan untuk JAKIM melonjakkan lagi pensijilan halal Malaysia ke peringkat global dengan lebih meluas,” katanya ditemui selepas pertemuan delegasi Perlis diketuai Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dengan jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik dan Paralimpik Jepun di Toranomon Hills Mori Tower di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Operasi, Yukihiko Nunomura mengetuai pegawai-pegawai dalam pertemuan itu.

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Duta Besar Malaysia ke Jepun, Datuk Ahmad Izlan Idris serta pegawai-pegawai daripada Halal Japan Corporation (HJC) diketuai pengerusinya, Hirobumi Ohsato. Tuanku Syed Faizuddin ialah penaung HJC.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Berita Harian

Comments