Home Tempatan Jakim perkenal pensijilan halal bagi peranti perubatan suku ketiga 2018

Jakim perkenal pensijilan halal bagi peranti perubatan suku ketiga 2018

SHARE

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dijangka dapat memperkenalkan pensijilan halal untuk peranti perubatan pada suku ketiga tahun ini.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pensijilan halal bagi peranti perubatan itu yang dirangka bersama Jabatan Standard Malaysia kini di peringkat akhir iaitu mengumpulkan maklum balas awam.

“Apabila sijil halal peranti perubatan dilaksanakan nanti, antara yang akan menerima sijil halal itu ialah tulang sintetik yang dihasilkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Sirim,” katanya kepada pemberita pada majlis prapelancaran Persidangan Halal Antarabangsa Malaysia 2018 di sini pada Khamis.

Katanya terdapat industri yang menunggu pensijilan halal peranti perubatan Jakim iaitu syarikat pengeluar bahan cecair yang digunakan dalam mesin dialisis.

Mengenai persidangan yang akan berlangsung dari 26 Mac hingga 3 April depan, Sirajuddin berkata lebih 900 peserta dari sekurang- kurangnya 42 negara dijangka menyertai persidangan itu.

Bertemakan ‘Halal Connecting the World’, persidangan itu melibatkan empat acara iaitu kursus ‘Halal Professional Board’, ‘International Halal Capacity Development Programme’, ‘Halal Certification Bodies Convention’ dan ‘International Halal Authority Board General Assembly’.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Comments