Home Tempatan JAKIM Nafi Tuduhan Lulus Konsert Selena Gomez

JAKIM Nafi Tuduhan Lulus Konsert Selena Gomez

SHARE

Putrajaya – Susulan laporan berita portal The Malay Mail Online bertarikh 30 April 2017 bertajuk, “Azmin tidak tahu, Jakim luluskan konsert Selena Gomez”, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Dato’ Haji Othman bin Mustapha telah mengeluarkan kenyataan media menafikan tuduhan YAB Menteri Besar Selangor tersebut.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, pihak JAKIM menegaskan bahawa kelulusan persembahan seperti konsert dan sebagainya bukan terletak di bawah bidang kuasa Jakim.

Menurut beliau lagi, tuduhan sebegini boleh menjejaskan reputasi dan kredibiliti Jakim sebagai agensi yang bertanggungjawab menyelaras pengurusan hal ehwal Islam di negara ini.

“Saya memohon kerjasama pihak yang berkaitan agar dapat merujuk terlebih dahulu kepada pihak Jakim sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan Jakim.”

Comments