Home Tempatan JAKIM iktiraf 66 badan pensijilan halal luar negara

JAKIM iktiraf 66 badan pensijilan halal luar negara

SHARE

KUALA LUMPUR: Enam badan pensijilan dan logo halal dari Jepun adalah antara 66 badan pensijilan dan logo halal luar negara yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di seluruh dunia.

Hingga 8 Februari, antara badan pensijilan dan logo halal yang diiktiraf di Jepun ialah Japan Muslim Association, Japan Halal Association (JHA), Japan Halal Unit Association (JHUA), Japan Islamic Trust (JIT), Muslim Professional Japan Association (MPJA) dan Nippon Asia Halal Association (NAHA).

Secara keseluruhannya, JAKIM mengiktiraf badan pensijilan dan logo halal dari 42 negara iaitu enam dari Jepun, lima dari Australia, empat dari China, masing-masing tiga dari India dan Belanda, dua dari Brazil, New Zealand, Pakistan, Filipina, Afrika Selatan, Turki, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments