Home Tempatan Jainj tahan 22 individu ponteng puasa

Jainj tahan 22 individu ponteng puasa

SHARE

JOHOR BAHRU, 8 Ramadan 1438H, Sabtu – 22 individu ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) kerana makan secara terbuka pada bulan Ramadan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jainj, Halid Sono berkata, antara alasan yang diberikan oleh mereka yang ditahan termasuk mempunyai penyakit dan melakukan kerja-kerja berat sehingga tidak mampu berpuasa.

“Ada yang cakap mereka tidak tahan berpuasa kerana melakukan kerja-kerja berat, tapi kebanyakannya memang berniat untuk tidak mahu berpuasa.

“Bagi yang melakukan kerja berat, mereka perlu berpuasa dan sekiranya memudaratkan barulah diharuskan untuk mereka berbuka. Mereka juga perlu menghormati Ramadan dan tidak makan secara terbuka,” katanya.

Halid berkata, serbuan dan penguatkuasaan dijalankan di seluruh daerah di negeri ini bermula hari pertama kedatangan Ramadan. Turut sama ditahan dua peniaga di Kulaijaya dan Kluang kerana menjual makanan kepada orang Islam pada waktu siang.

Katanya, kesemua yang ditahan akan didakwa mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 di bawah Seksyen 15 (a) dan (b) kerana tidak menghormati Ramadan.

“Mereka yang ditahan akan didakwa dan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Sekiranya mereka didapati melakukan kesalahan berulang boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Comments