Home Tempatan Isu sekolah: Jangan tunduk tuntutan Dong Zong

Isu sekolah: Jangan tunduk tuntutan Dong Zong

SHARE
Sumber gambar: Ismaindia.net

SEREMBAN – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa kerajaan supaya tidak tunduk dengan tuntutan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) untuk menambah bilangan sekolah Cina baharu.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, persatuan itu dilihat semakin melampau dan sengaja menggunakan isu pendidikan Cina sebagai modal politik menjelang PRU14.

“Kita mohon sangat supaya kerajaan tidak layan tuntutan ini kerana apa yang diminta itu akan melemahkan lagi usaha memupuk perpaduan kaum dan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan kaum Tionghua.

“Jangan kerana kepentingan survival politik dan undi kaum Cina untuk PRU14, kerajaan dengan mudahnya akur tuntutan mereka,” katanya, semalam.

Menurutnya, kajian menunjukkan murid Cina yang belajar di sekolah kebangsaan dilihat lebih patriotisme dan bertutur bahasa Melayu dengan baik.

“Daripada kerajaan mempertimbangkan tuntutan pihak berkenaan, lebih baik fikir usaha menambah baik infrastruktur dan prasarana sekolah kebangsaan seluruh negara terutama di luar bandar,” katanya.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Sinar Online

Comments