Home Tempatan Isu kenaikan yuran sekolah agama

Isu kenaikan yuran sekolah agama

SHARE

KLANG – Golongan ibu bapa berharap kerajaan negeri tidak meneruskan kenaikan yuran sekolah agama saban tahun kerana ia akan membebankan ibu bapa khususnya yang mempunyai bilangan anak ramai.

Peniaga, Siti Zabedah Arifin, 33, berkata, setiap tahun yuran tersebut akan meningkat walaupun dalam jumlah yang tidak banyak.

“Namun, bagi saya yang terpaksa menanggung tiga anak yang bersekolah masing-masing di Tingkatan 2, 1 dan Tahun 3, ia agak membebankan.

“Saya akui memang ia dibayar hanya sekali bagi tempoh setahun. Tapi, jika diambil kira kesemua yuran-yuran lain memang pening kepala dibuatnya,” katanya ketika ditemui.

Menurutnya, bagi anak yang berada di Tahun 3, yuran sekolah agama yang harus dibayar pada tahun ini adalah RM271.70.

“Saya berhasrat untuk menjelaskan bayaran itu pada Jumaat depan. Saya terpaksa jelaskan yuran sekolah anak-anak secara berperingkat kerana faktor kewangan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, jika dibandingkan dua tahun lalu, dia terpaksa menjelaskan yuran sekolah agama bagi tiga anaknya berjumlah hampir RM1,000.

“Saya terpaksa bayar sedikit demi sedikit, nasib baik guru sekolah boleh tolak ansur. Ada segelintir sekolah yang memaksa ibu bapa jelaskan yuran anak-anak, tetapi saya bernasib baik kerana guru-guru sekolah tempat anak saya belajar boleh memahami dan tidak pernah memaksa,” katanya.

Sila klik di sini untuk bacaan lanjut.

Sinar Online

 

Comments