Home Tempatan Isu Fatwa Pulau Pinang: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja

Isu Fatwa Pulau Pinang: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja

SHARE

PULAU PINANG – Suruhanjaya Siasatan Diraja atau Royal Commission of Inquiry (RCI) boleh diwujudkan bagi menyiasat isu berhubung campur tangan pihak yang tidak berkenaan dalam Majlis Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Koodinator Kursus Undang-Undang Perlembangan dan Perbandingan Perlembagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Madya Dr Khairil Azmi Mokhtar berkata, tidak sepatutnya ada campur tangan mengenai Majlis Fatwa di Pulau Pinang  oleh pihak yang tidak berkenaan tambahan pula isu agama Islam di luar  bidang kuasa mereka.

Menurutnya, Undang-undang yang ada sudah jelas, prosedur pembuatan fatwa itu juga jelas bagaimana fatwa itu diputuskan melalui beberapa peringkat sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan soal campur tangan tidak boleh timbul dalam hal berkaitan agama Islam.                               .

“Sepatutnya tak wujud isu satu fatwa itu mesti diubah mengikut arahan Ketua Menteri atau campur tangan pihak lain yang tidak mahu hukum Islam itu dilaksanakan,” katanya.

Ditanya samada YDPA boleh mengarahkan penubuhan RCI bagi menyiasat penyalahgunaan kuasa dalam kes ini atau tidak, beliau berkata, itu bergantung kepada pihak berkuasa untuk menangani perkara ini.

Jika YDPA sendiri mencadangkan RCI, maka perlu dilihat akta RCI itu semula dan jika kerajaan berfikir perkara ini perlu, kerajaan sepatutnya boleh mengesyorkan untuk ditubuhkan jawatankuasa yang dipersetujui oleh YDPA.

Kata beliau, RCI selalunya dicadangkan dari orang lain atau oleh menteri dan kemudiaannya di bawa ke pengetahuan YDPA untuk diperkenankan, ataupun tidak.

Menurutnya, jika kerajaan berfikir perkara ini perlu, mereka boleh mengutarakan cadangan untuk ditubuhkan segera RCI ini dan diluluskan oleh YDPA.

Comments