Home Tempatan Isu fatwa: PAS Pulau Pinang buat laporan polis

Isu fatwa: PAS Pulau Pinang buat laporan polis

SHARE
MOHD Yusni Mat Piah (dua dari kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat mengenai bantahan terhadap campur tangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengenai pengeluaran fatwa Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah, Bandar Perda, Bukit Mertajam.- Foto Zulaikha Zainuzman

BUKIT MERTAJAM: PAS Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis berhubung isu campur tangan kerajaan negeri dalam proses pewartaan fatwa.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah, kira-kira jam 12 tengah hari tadi oleh Ketua Penerangannya, Mohd Yusni Mat Piah.

Mohd Yusni berkata, pihaknya menuntut kerajaan DAP Pulau Pinang menyelesaikan tiga perkara bagi mengelak campur tangan dalam proses fatwa.

“Kita mahu kerajaan negeri mengeluarkan surat pekeliling memaklumkan proses fatwa tidak perlu melalui Mesyuarat EXCO.

“Selain itu, mana-mana fatwa yang sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong hendaklah dilaksanakan tanpa kompromi, selain fatwa yang sudah diusulkan perlu segera dipersembahkan,” katanya ketika ditemui.

Mohd Yusni berkata, beliau dimaklumkan empat fatwa sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong namun didakwa dibekukan dan sengaja dilengahkan pelaksanaannya.

Pada 8 Februari lalu, Ahli Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang, Datuk Md Salleh Ahmad mengesahkan wujud campur tangan kerajaan negeri dalam urusan pewartaan fatwa di Pulau Pinang.

Berita Harian

Comments