Home Tempatan Isu Fatwa: Malik Kassim Akan Siasat Kenyataan Bekas Mufti

Isu Fatwa: Malik Kassim Akan Siasat Kenyataan Bekas Mufti

SHARE

Menara.my menghubungi Pejabat Exco Agama Pulau Pinang untuk mendapatkan pencerahan berkenaan kenyataan mantan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad baru-baru ini.

Datuk Seri Hassan Ahmad membuat kenyataan bahawa beliau pernah menegur kerajaan negeri supaya tidak campur tangan dalam hal kelulusan fatwa sebelum ia dihantar ke tangan Yang di-Pertuan Agong.

Dato’ Abdul Malik Kassim, Exco Hal Ehwal Islam ketika dihubungi menegaskan bahawa pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu dengan mendalam sebelum mengambil apa-apa tindakan.

Datuk Seri Hassan Ahmad semalam berkata ketika masih dalam perkhidmatan, teguran itu dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004 di mana mufti boleh secara terus membawa usul fatwa kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Apabila kerajaan negeri mengeluarkan surat pekeliling dan mengarahkan semua jabatan sebelum mewartakan sebarang fatwa mesti mendapat kelulusan mesyuarat exco terlebih dulu, saya tulis surat supaya jabatan mufti dikecualikan kerana berdasarkan kepada enakmen 2004, kita tidak terikat.

“Berdasarkan enakmen 2004, mufti boleh secara terus menghantar cadangan kepada Agong tanpa melalui mesyuarat exco, cuma ia perlu dimaklumkan selepas fatwa itu diwartakan, itulah yang berlaku pada masa saya,” ulas beliau seperti yang dipetik oleh sebuah portal tempatan.

Dato’ Abdul Malik Kassim menegaskan bahawa jika terdapat sebarang surat seperti yang didakwa, beliau mahu melihat dahulu surat tersebut, sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut.

Comments