Home Tempatan Isu Fatwa: Hentikan Campur Tangan Dalam Urusan Muslim

Isu Fatwa: Hentikan Campur Tangan Dalam Urusan Muslim

SHARE

Kemelut  mengenai isu campur tangan politik oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap proses pemfatwaan negeri itu belum juga berakhir. Walaupun  penafian demi penafian telah dilakukan oleh pihak kerajaan negeri khasnya Exco Hal Ehwal Agama Dato’ Abdul Malik Kassim namun sehingga kini pendedahan demi pendedahan baharu masih dibuat oleh pelbagai pihak.

Ada perkembangan baru daripada pihak PAS Pulau Pinang sehinggalah kepada Mantan Mufti sendiri sehinggalah kepada kenyataan yang dibuat oleh salah seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Dato’ Haji Md Salleh Haji Ahmad. Dan yang terkini surat yang dikatakan daripada pejabat Exco Hal Ehwal Agama sedang menular di media sosial.

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, menara.my menemuramah tuan empunya badan, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang.

Dato` Md Salleh Ahmad yang bertegas, bahawa sememangnya sudah lama wujud campur tangan politik daripada Kerajaan Negeri terhadap proses pemfatwaan cuma mereka pandai menafikannya.

Menurutnya, beliau sangat kecewa terhadap Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang Dato` Abdul Malik Kassim kerana sikap campur tangan beliau ke atas proses pemfatwaan walaupun diluar bidang dan kelayakkannya dan umum turut mengetahui yang dia bukanlah Ulama.

Beliau berkata, jelas memang wujud arahan daripada beliau pada tahun 2010 kepada Jawatankuasa Fatwa supaya fatwa kalimah Allah yang telah digazetkan, dibincangkan semula agar keputusan Jawatankuasa Fatwa selari dengan pendirian Kerajaan Negeri pimpinan DAP ketika itu yang tidak bersetuju dengan fatwa kalimah Allah.

Kenyataan Abdul Malik iaitu “Memohon untuk membincangkan semula keputusan fatwa bukan bermakna ada campur tangan dalam pemfatwaan”  jelas merupakan helah politik DAP dan bersifat retorik bagi mengaburi agenda mereka,” katanya.

“Saya kesal dengan tindakan ini, seolah-olah kuasa Exco Agama di dalam hal pemfatwaan ini lebih besar daripada kuasa Jawatankuasa Fatwa Negeri itu sendiri dan berharap supaya tindakan campur tangan politik ini dihentikan terus di masa akan datang.

Kata beliau, mereka yang bukan Islam dan juga tidak mempunyai kelayakan untuk bercakap tentang Islam sibuk mahu campur tangan walupun tidak memahami akan Islam itu sendiri.

“Apakah rasionalnya orang kafir mencampuri urusan orang Islam sendiri sedangkan Islam tidak pernah sibuk atau mencampuri urusan agama mereka,”katanya.

Menurutnya, sepatutnya semua fatwa yang diputuskan hendaklah terus dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong, tiada keperluan melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri berhubung urusan agama Islam.

Kata beliau, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng seolah-olah hanya mahu menunjukkan yang dia berkuasa penuh terhadap orang Islam di Pulau Pinang.

“Saya juga mengharapkan agar masyarakat Islam sama-sama bangkit mempertahankan institusi fatwa daripada sebarang campur tangan dan tekanan politik mana-mana pihak termasuk penularan fahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.

Sebagai Ketua Menteri beliau tidak sepatutnya campur tangan disebabkan dia bukan orang Islam selain merasakan sebagai ketua kononnya dia cukup hebat untuk campur tangan, walaupun jelas beliau sesungguhnya tidak ada hak.

Berhubung perkara Islam Rahmatan Lil Alamin bermaksud Islam rahmat untuk sekelian alam adalah merupakan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Pulau Pinang tetapi telah dikelirukan oleh pihak yang berkenaan sehingga menimbulkan keraguan dan kemusykilan masyarakat Islam mengenainya.

Ditanya apakah realiti peruntukkan untuk orang Islam Pulau Pinang berbanding Agama lain, Md Salleh menegaskan sudah semestinya Islam mempunyai keistimewaan berbanding agama lain dan ini yang cuba ditidakkan oleh pihak yang memegang tampuk kuasa kini.

Beliau menasihatkan orang Islam agar patuh pada agama Islam sebenar dan majlis fatwa sekaligus menyatakan pendirian tegas pihaknya yakni tetap akan membantah dan menentang dengan apa yang telah dan akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri yang berniat menyekat kuasa Majlis Agama Islam sendiri secara halus.

Comments