Home Tempatan Isu fatwa: Abdul Malik dakwa pekeliling minta maklum kerajaan negeri

Isu fatwa: Abdul Malik dakwa pekeliling minta maklum kerajaan negeri

SHARE
Abdul Malik Abul Kassim. - Foto Mikail Ong

GEORGETOWN: Kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini mendakwa nasihat perundangan daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri berhubung proses pemfatwaan melangkaui peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

EXCO Agama, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, berkata pekeliling yang dikeluarkan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri bertarikh 21 Mac 2011, memaklumkan bahawa pewartaan sesuatu perkara perlu dimaklumkan kepada kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum dimuktamadkan.

“Saya akui keluarkan surat bertarikh 26 Mei 2010, meminta fatwa kalimah Allah dibincangkan semula. Ia kerana pemfatwaan itu tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri, sebelum ia diwartakan.

“Tambahan, Pejabat Penasihat Undang-Undang negeri ada keluarkan pekeliling pada 21 Mac 2011, menyatakan pewartaan sesuatu perkara perlu dimaklumkan kepada kerajaan negeri, sebelum dimuktamadkan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan mengenai tarikh suratnya itu yang lebih awal daripada pekeliling Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon; EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Bagaimanapun, ada peruntukan dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 yang menyebut setiap pemfatwaan perlu dipersembah terus kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas gesaan Parti Alternatif Rakyat (PAP) supaya Abdul Malik melepaskan jawatan disandangnya, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri itu berkata, beliau tidak akan tunduk dengan permintaan terbabit.

Berita Harian

Comments