Home Tempatan Istana pihak berkecuali

Istana pihak berkecuali

SHARE
RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berangkat merasmikan Majlis Muhibbah Bersama Masyarakat Cina dan Siam anjuran One Centre Malaysia, Tahun 2018' yang diadakan di One Centre Malaysia Darul Abrar, Masjid Lama Kubang Gajah. - Foto IHsan Istana Arau

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua pihak bahawa istana adalah pihak berkecuali dalam persaingan politik yang wujud antara rakyat.

Baginda bertitah, istana tidak memihak kepada mana-mana parti dan hanya berpihak kepada perlembagaan dan undang-undang yang dilaksanakan secara adil dan saksama.

“Dalam suasana menjelang pilihanraya tidak lama lagi, beta ingin memahamkan kepada semua bahawa istana adalah pihak yang berkecuali. Istana tidak memihak kepada parti A ataupun parti B,” titah baginda.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments