Home Antarabangsa Israel tambah derita Palestin

Israel tambah derita Palestin

SHARE
WARGA Palestin menyuarakan bantahan mereka selepas berdepan dengan pelbagai tekanan yang menjejaskan kehidupan mereka. - AFP

GAZA CITY 5 Ogos – Penduduk Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza semakin dihimpit kesusahan dan berdepan pelbagai penderitaan susulan tindakan Israel menyekat lebih 1,000 jenis barangan keperluan asas daripada dibawa masuk ke wilayah itu.

Al-Jazeera melaporkan, antara barangan itu termasuk bekalan persekolahan, peralatan perubatan, alat jana kuasa dan basikal kanak-kanak yang pada dasarnya tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada mana-mana pihak.

Perkara itu didedahkan dalam satu pameran yang dianjurkan oleh pemain industri perdagangan dan pertubuhan bukan kerajaan di Semenanjung Gaza, beberapa hari lepas.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments