Home Antarabangsa Israel sekat petugas bantuan kemanusiaan masuk Gaza

Israel sekat petugas bantuan kemanusiaan masuk Gaza

SHARE

RAMALLAH, 7 Rejab 1438H, Selasa – Israel menghalang petugas bantuan kemanusiaan memasuki atau meninggalkan Gaza, lapor Human Rights Watch.

Serentak itu, kumpulan berkenaan menggesa rejim Israel membenarkan petugas kemanusiaan Palestin dan juga asing akses keluar masuk ke Gaza bagi menyalurkan bantuan.

Katanya, akses kumpulan petugas kemanusiaan kini berada di tahap kritikal.

Kumpulan itu turut menyifatkan tindakan regim Israel ini sebagai pencabulan hak asasi dan mencetuskan jenayah perang.- Agensi

 

Comments