Home Antarabangsa Israel masih ingkar resolusi Majlis Keselamatan PBB

Israel masih ingkar resolusi Majlis Keselamatan PBB

Lulus rancangan pembinaan 3,000 unit penempatan haram Yahudi

SHARE

TEBING BARAT, 8 Jamadilakhir 1439H, Sabtu – Tel Aviv terus mengingkari resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) apabila meluluskan ribuan lagi rancangan pembinaan unit penempatan haram Yahudi di Baitulmaqdis.

Jawatankuasa Komuniti Perancangan dan Pembinaan Tempatan rejim itu dilaporkan telah bersetuju membina 3,000 unit kediaman baru di penempatan haram Gilo.

Difahamkan, unit penempatan haram yang dirancang itu akan dibina di kawasan seluas 252 kilometer persegi.

Sebelum ini, UNSC meluluskan Resolusi 2334, menyeru Israel supaya segera menghentikan semua aktiviti pembinaan penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Comments