Home Tempatan Israel mahu ‘yahudikan’ masjid Al-Aqsa

Israel mahu ‘yahudikan’ masjid Al-Aqsa

SHARE

BANGI, 2 Zulkaedah 1438H, Rabu – Umat Islam diminta banyakkan berdoa kepada Allah meminta perlindungan agar masjid Al-Aqsa kekal terpelihara dari cengkaman  Zionis.

Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, Israel ketika ini dilihat sedang memberi isyarat kepada dunia bahawa mereka menguasai penuh masjid Al-Aqsa.

“Sekatan demi sekatan yang lebih sukar akan diada-adakan dari masa ke semasa sebagai proses untuk mempercepatkan proses “pengyahudian” masjid suci umat Islam itu.

“Ia dilakukan seiringan dengan krisis negara arab dan terbukti negara arab dalam keadaan sangat lemah. Isu ini nampaknya dipandang sepi oleh negara Islam yang berjiran,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Terbaharu, Israel dilaporkan telah membuka alat pengesan logam, sebaliknya memasang berpuluh-puluh kamera litar tertutup (CCTV).

Walaupun alat pengesan logam sudah dibuka, pemasangan CCTV disifatkan sebagai ancaman yang lebih besar kepada rakyat Palestin, yang menunjukkan satu lagi pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh rejim Zionis.

Ustaz Zamri berkata, isu Palestin ditindas Israel tidak akan terhenti, bahkan ada saja perancangan jahat dari rejim itu.

“Apa yang kita kesalkan, Pertubuhan Kerjasama Negara Islam OIC sangat lembab bertindak walaupun sudah 11 hari isu ini berlaku. Mana mereka? Kita minta sangat mereka bersuara dan ada tindakan susulan,” katanya.

Comments