Home Antarabangsa Israel halang solat Jumaat di Masjid Al Aqsa, tangkap ulama

Israel halang solat Jumaat di Masjid Al Aqsa, tangkap ulama

SHARE

JERUSALEM, 21 Syawal 1438H, Sabtu – Pihak berkuasa Israel menutup dan membatalkan solat Jumaat di Masjid Al Aqsa termasuk menahan seorang ulama Muslim terkemuka di Jerusalem selepas tiga rakyat Palestin serta dua pegawai polis rejim itu terbunuh dalam kejadian tembak-menembak di Kota Lama, di sini.

Sheikh Mohammad Ahmed Hussein yang mengecam tindakan Israel menutup masjid, ditahan di kawasan Bab Al-Asbat selepas mengetuai solat secara terbuka di kawasan berhampiran.

“Polis Israel menahan ayah saya dengan menggunakan kekerasan dan membawanya ke tempat yang tidak diketahui,” kata Omar, anak lelaki Sheikh Ahmed Hussein.

Hussein kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak AS$2,800.

Sementara itu, sumber Al Jazeera melaporkan, ia adalah kali pertama masjid berkenaan ditutup untuk solat Jumaat.

“Sudah tentu ia berpotensi meningkatkan ketegangan di kalangan 10,000 orang Palestin yang biasanya ke sini untuk beribadah,” katanya.- Agensi

Comments