Home Antarabangsa Israel curi batu dari Masjid Al Aqsa

Israel curi batu dari Masjid Al Aqsa

SHARE

RAMALLAH, 10 Syawal 1438H, Selasa – Jerusalem menggesa institusi antarabangsa untuk mendesak Israel memulangkan batu-batu bersejarah yang dicuri di Masjid Al-Aqsa oleh rejim itu.

Ketua Jawatankuasa Tempatan, Fakhri Abu Diyab berkata, Israel telah mengeluarkan batu besar dari laluan bawah tanah Al Buraq Wall, Jambatan Al Magharebah dan Al Buraq Plaza, serta mengalihkannya di tempat yang tidak diketahui.

Katanya, pihak berkuasa memantau rapi Gerbang Dinding Al Buraq, sehinggakan penduduk Jerusalem sendiri tidak dibenarkan dekat atau mengambil gambar di kawasan itu.

“Sejarah dan warisan adalah perkara serius, dan mencuri batu-batu dari tempat suci jelas melanggar perjanjian dan konvensyen antarabangsa,” katanya.

Abu Diyab berkata, pihak berkuasa Israel menggantikannya dengan pembinaan keluli, namun ia menimbulkan kebimbangan terhadap struktur Al Haram Al Sharif.

Comments