Home Antarabangsa Israel berdepan kritikan antarabangsa

Israel berdepan kritikan antarabangsa

SHARE

BAITULMAQDIS 8 Feb. – Israel berdepan dengan kritikan antarabangsa ekoran tindakan meluluskan undang-undang baharu yang membenarkan 4,000 penempatan haram Yahudi dibina di atas tanah milik penduduk Palestin.

Britain, Perancis, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Jordan adalah antara negara yang lantang menentang undang-undang berkenaan.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pro-Palestin berkata, mereka akan menggesa Mahkamah Tinggi untuk meminda atau membatalkan undang-undang berkenaan, manakala pemimpin pembangkang, Isaac Herzog memberi amaran bahawa pelaksanaan itu hanya bakal menyebabkan pegawai Israel dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Perancis menganggap undang-undang itu sebagai suatu serangan terbaharu kepada penyelesaian antara Palestin dan Israel manakala Britain menyifatkan tindakan Israel itu hanya menjatuhkan martabat mereka dengan rakan sekutu antarabangsa. – AFP

utusan online

Comments