Home Tempatan Islamofobia cetus diskriminasi wanita berhijab

Islamofobia cetus diskriminasi wanita berhijab

SHARE
Sekadar Gambar Hiasan

PENULIS masih ingat soalan kerap ditanya ketika menghadiri persidangan perubatan di Barat pada 2002 ketika di Melbourne, Australia dan dua tahun kemudian di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Bukan sahaja oleh rakan sejawat bahkan orang awam yang lalu-lalang ketika melintas jalan iaitu apakah yang dipakai di atas kepala anda? Kenapa memakainya? Tidakkah ia mengganggu kerjaya anda?

Soalan terbabit sentiasa digunakan dengan jawapan memperkenalkan diri sebagai Muslim dan fakta bahawa penulis seorang doktor perubatan, berinteraksi menggunakan istilah perubatan yang sama seperti mereka dan secara automatik ia menjawab soalan terakhir di atas.

Namun di Melbourne, persidangan dihadiri adalah sejurus selepas tragedi pengeboman Bali pada 12 Oktober 2002 di bandar Kuta, yang mengorbankan 202 orang, kebanyakannya pelancong asing.

Timbul kerisauan di akhbar mengenai pelancong Muslim berkunjung ke Australia ketika itu yang mungkin menghadapi ancaman Islamofobia. Tragedi ini berlaku setahun selepas pesawat merempuh menara berkembar World Trade Center di New York, AS pada 11 September 2001.

Untuk berita penuh sila klik di sini

Berita Harian

Comments