Home Tempatan Islam tiada dalam agenda DAP

Islam tiada dalam agenda DAP

Kerangka sekular yang ditegakkan

SHARE

SILA rujuk matlamat-matlamat yang terkandung dalam Perlembagaan parti DAP, tidak ada satu pun daripada 18 Matlamat pada dokumen itu menyebut mengenai agama Islam, apatah lagi sebarang pendirian untuk mempertahankan kedudukan agama ini.

Sebaliknya, perlembagaan parti berkenaan yang merupakan doktrin begitu penting kepada ahli-ahli parti itu lebih menyerlahkan semangat sekularisme iaitu ke arah kesaksamaan yang menjunjung hak asasi manusia.


7 Tuntutan Kedaulatan Islam
Berikut merupakan perkara kedua dalam matlamat yang digariskan parti itu:

‘Mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal, iaitu sebagai sistem undang-undang tertinggi negara yang menghormati nilai-nilai demokrasi dan hak asasi manusia dengan memberi hak yang saksama kepada setiap rakyat Malaysia.’

Berkenaan hal agama, matlamat keempat dalam perlembagaan parti itu hanya menyatakan:

‘Mengiktiraf kebebasan beragama sebagai hak asasi yang merangkumi kebebasan pelbagai agama daripada diancam oleh undang-undang yang bersifat menindas dan akta-akta yang berunsur diskriminasi.’

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments