Home Tempatan Islam Perlu Ditamadunkan, Supaya Tidak Memancung Kepala Sesiapa Dengan Pandangan Berbeza –...

Islam Perlu Ditamadunkan, Supaya Tidak Memancung Kepala Sesiapa Dengan Pandangan Berbeza – S Thayaparan

SHARE

Putrajaya: Agama Islam perlu melalui proses ‘pentamadunan’ sepertimana yang pernah dilalui oleh agama Yahudi dan Kristian sebelum layak membahaskan nilai-nilai liberalisme, dakwa kolumnis Malaysiakini, S Thayaparan. Suatu pemikiran menurutnya, tidak akan memancung kepala sesiapa yang mempunyai pandangan berbeza dan juga tidak menyarankan agar mangsa rogol mengahwini perogolnya.

S Thayaparan mengemukakan pandangan sedemikian dalam artikelnya yang berjudul “Liberalism a threat only to the kind of Islam tyrants preach” bagi menempelak pandangan Tan Sri Dato’ Seri Prof Dr Abdullah Md Zin yang menyifatkan liberalisme sebagai ancaman besar terhadap agama Islam.

“Bilakah kali terakhir seorang Malaysia yang ‘liberal’, tidak kisah walau apa pun agamanya, pancung kepala seseorang yang mempunyai pandangan yang berbeza dengannya? Bilakah kali terakhir seorang Malaysia yang liberal menyarankan agar wanita mangsa rogol mengahwini perogolnya atau mereka di bawah umur adalah bersedia untuk perkahwinan?” soal beliau.

“Tanpa proses ‘pentamadunan’ (civilising) sepertimana yang telah dilalui oleh dua lagi kepercayaan samawi (Abrahamic), di mana Islam begitu terdesak memerlukannya, tentu tidak ada nilai-nilai ‘liberal’ yang boleh dibincangkan,” tambahnya lagi.

Beliau juga mendakwa bahawa golongan yang takut akan liberalisme pada hakikatnya takut akan kehilangan kuasa sekiranya masyarakat lebih memilih pemikiran Islam liberal daripada pemikiran Islam yang mereka bawa.

“Mereka yang takut akan ‘liberalisme’ tidak kiralah bagaimana mereka menafsirkannya, pada hakikatnya takut kehilangan kuasa apabila masyarakat yang telah diperkasakan membuat pilihan-pilihan lain. Jadi, ya, liberalisme adalah merupakan suatu ancaman kepada jenis Islam yang mereka ajar,” dakwa beliau.

S Thayaparan kemudian mendesak orang ramai agar menjelaskan pendirian dan tidak bertolak-ansur dalam isu ini hanya untuk mententeramkan umat Melayu-Islam sekiranya mereka tidak mahu Malaysia menjadi sebuah negara Islam yang dicita-citakan oleh golongan Islamis yang korup.

 

Comments