Home Tempatan ISLAM MEMAHAMI HATI NURANI MANUSIA

ISLAM MEMAHAMI HATI NURANI MANUSIA

SHARE
UMAT Islam dalam negara ini perlu meneliti dan mengkaji secara mendalam sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan isu-isu akidah kerana kecuaian dalam aspek ini boleh menjejaskan maruah agama Islam. GAMBAR HIASAN/UTUSAN

PERKARA berkaitan akidah adalah terlalu sensitif yang mana umat Islam diseru oleh Allah supaya mengendalikan urusan tersebut secara hikmah dan lunak. Setiap manusia di dunia ini dianugerahkan oleh Allah dengan perasaan kasih sayang terhadap ahli keluarga dan seumpamanya.


7 Tuntutan Kedaulatan Islam

Pemisahan antara suami isteri dan anak-anak lantaran salah seorang daripada ahlinya memeluk agama lain boleh meruntun hati ahli keluarganya. Perkara se­perti ini sepatutnya difahami oleh umat Islam supaya tindak-tanduk mereka tidak mengundang per­spektif negatif terhadap Islam.

Umat Islam sepatutnya memahami dan mendalami al-Quran dan hadis secara mendalam apabila mengendalikan urusan berkaitan individu memeluk Islam supaya pengislamannya tidak mengundang pelbagai implikasi yang boleh menyebabkan ahli-ahli keluarganya membenci ajaran agama itu.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

Comments