Home Tempatan Islam kini kian terasing?

Islam kini kian terasing?

SHARE

BUKAN sahaja berjanggut bagi Muslim dan bertudung untuk Muslimah, malah melaksanakan solat lima waktu secara konsisten juga dilihat janggal di sesetengah tempat,” kata pendakwah antarabangsa, Bilal Assad.

Aktivis Kesatuan Islam Victoria, Australia ini berkata, itulah kemelut yang melanda umat Islam masa kini untuk melaksanakan tuntutan syariat kerana semakin dipandang asing oleh masyarakat dunia sehingga dikatakan sebagai ajaran baharu.

Perkara itu tambahnya, terbukti sebagaimana sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti semula, maka beruntunglah orang yang terasing.” – Riwayat Muslim

Permasalahan itu katanya, berlaku bukan hanya disebabkan pengaruh golongan musuh Islam yang sentiasa berusaha menghancurkan Islam, tetapi lebih menyedihkan adalah akibat kemelut dalaman umat Islam itu sendiri.

“Sebagaimana tercatat dalam sejarah, Rasulullah menyebarkan Islam kepada masyarakat pada masa itu dalam keadaan terasing. Asing bukan bermakna melakukan kesalahan tetapi tidak dikenali orang lain, tidak mengetahui budaya dan tradisi diamalkan.

Untuk berita penuh sila klik di sini

UTUSAN ONLINE

 

Comments