Home Tempatan Islam Bukan Objek Tawar-Menawar- Sohibus Samahah Ustaz Hj Zamri Bin Hashim

Islam Bukan Objek Tawar-Menawar- Sohibus Samahah Ustaz Hj Zamri Bin Hashim

SHARE

Islam bukanlah objek untuk dijadikan tawar-menawar namun malangnya hari ini Islam dijadikan objek tawar-menawar oleh orang islam sendiri.

Begitu penegasan yang dibuat oleh Timbalan Mufti Perak, Sohibus Samahah Ustaz Hj Zamri Bin Hashim pada edisi Deklarasi Itjima’ Penegasan Kedaulatan Islam (DIPKI) 2018 edisi negeri Perak yang dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Mufti Negeri Perak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim Perak, hari ini.

“Islam bukanlah objek untuk dijadikan tawar-menawar namun malangnya hari ini Islam telah dijadikan objek tawar-menawar oleh orang Islam sendiri. Islam tidak dijadikan harga mati.”

Dalam masa yang sama, beliau juga mengingatkan bahawa ada juga yang menggunakan Islam sebagai modal undi. Sehinggakan ada pemimpin-pemimpin politik cuba menampilkan wajah Islam yang paling manis untuk meraih sokongan.

“Islam dijadikan modal undi. Pemimpin politik menggunakan Islam cuba menampilkan muka yang paling manis.”

Comments