Home Tempatan Islam Agama ‘Supremacist’, Paksa Bukan Islam – Bishop Paul Tan

Islam Agama ‘Supremacist’, Paksa Bukan Islam – Bishop Paul Tan

SHARE

Petaling Jaya: Figura agamawan Kristian, Bishop Emeritus Dr. Paul Tan Chee Ing mendakwa bahawa Islam adalah agama yang bersifat ‘supremacist’ yang suka memaksa golongan bukan Islam untuk patuh pada sekatan-sekatannya. Beliau memetik arahan kerajaan negeri Kelantan yang mahu premis-premis perniagaan, termasuk yang dimiliki golongan bukan Islam memberhentikan perniagaan selama 10 minit ketika waktu Maghrib sebagai ‘bukti’ bagi dakwaannya.

Beliau dilaporkan mengeluarkan pendapat sedemikian dalam sebuah artikel yang disiarkan oleh portal liberal Malaysiakini yang berjudul Bishop: Kelantan ruling is proof incontrovertible baru-baru ini.

Mantan Ketua Gereja Melaka-Johor itu juga mendakwa bahawa, sebahagian orang Islam sengaja melakukan muslihat atau mereka sememangnya tidak berapa memahami ajaran agama mereka sendiri – iaitu agama Islam adalah agama ‘supremacist’ yang mahu mengenakan larangan-larangannya ke atas golongan bukan Islam.

We were flabbergasted at the evidence that some Muslims don’t quite get the drift of their religion or are engaging in deliberate deception – which is that theirs is a supremacist religion which will seek to impose its strictures on non-Muslims.

Paul Tan mendakwa bahawa selama ini, golongan bukan Islam hanyalah bersikap amat skeptik terhadap janji palsu para penyokong usaha untuk memartabatkan perundangan Islam yang mengatakan bahawa perundangan itu tidak akan dipaksakan ke atas golongan bukan Islam.

“Selama ini, kami telah mendengar dengan begitu skeptik janji-janji golongan yang mahu memartabatkan perundangan Islam bahawa, perundangan ini tidak akan dikenakan ke atas golongan bukan Islam,” terangnya.

“Arahan kerajaan negeri Kelantan supaya kedai-kedai golongan bukan Islam ditutup sewaktu solat Maghrib pada masa ini adalah bukti yang tidak boleh dinafikan lagi bahawa perundangan Muslim, jika dibenarkan untuk dikuatkuasakan, pasti akan dikenakan juga ke atas golongan bukan Islam di Malaysia,” dakwa Paul Tan lagi.

Paul Tan suatu ketika dulu pernah membangkitkan kemarahan umat Islam dengan dakwaan beliau bahawa Syariah adalah visi totalitarian masyarakat yang membenarkan diskriminasi terhadap bukan Islam, mengamalkan ketidakadilan jantina, membenarkan perkahwinan di bawah umur dan mengamalkan kebencian terhadap bangsa Yahudi.

 

Comments