Home Tempatan Islam Agama Persekutuan, Bukan Islam Jangan Masuk Campur – TPM

Islam Agama Persekutuan, Bukan Islam Jangan Masuk Campur – TPM

SHARE

Putrajaya: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan umat Islam di negara ini khasnya hal ehwal menyentuh perundangan Islam.

Timbalan Perdana Menteri menggesa semua rakyat Malaysia supaya menghormati Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

“Mereka jangan cuba ajar kita bagaimana untuk memperkukuhkan undang-undang agama kita. Kita tidak berhasrat untuk menyentuh agama lain. Tolong hormati agama kami jika mahu kami hormati agama anda.

Terdapat sekumpulan golongan bukan Islam seperti parti politik dan aktivis NGO sering dilihat mencampuri hal ehwal umat Islam khasnya Pindaan RUU 355 yang baru dibentang YB Marang pada sesi Parlimen lepas.

Hari ini sebuah demo umat Islam tealh diadakan di Pejabat Urusan Nanyang Siang Pau di Petaling Jaya bagi membantahkan akhbar tersebut yang menerbitkan sebuah karikatur biadab dan melampau yang bertajuk ‘Akta Monyet’ yang dikatakan ramai cuba menghina akta Mahkamah Syariah tersebut sambil seolah-olah menggambarkan umat Islam sebagai sekumpulan monyet.

“Saya tidak berhajat mahu cabar sesiapa. Tetapi sesuatu yang baik kita mahu laksanakan sebagai kebaikan ummah, perlu ke kita tanya pada orang lain yang tidak satu akidah dengan kita setakat mana harus ambil wuduk? Sampai siku atau lengan?”

“Bukan hak mereka untuk ambil tahu, itu ibadah kita” tegas beliau lagi.

Comments