Home Tempatan Islam Adalah Sebesar-Besar Nikmat Ke Atas Manusia – Syaikh Dr Omar Bin...

Islam Adalah Sebesar-Besar Nikmat Ke Atas Manusia – Syaikh Dr Omar Bin Muhammad Kalash

SHARE

Sebesar-besar nikmat ke atas manusia adalah nikmat agama Islam, demikian menurut Syaikh Dr Omar Bin Muhammad Kalash ketika menyampaikan tazkirah di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) di sini kelmarin.

Dr Omar Muhammad turut menegaskan bahawa menurut al-Qur’an, satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah adalah agama Islam dan agama inilah yang akan membawa penganutnya ke syurga.

7 Tuntutan Kedaulatan Islam
“Allah S.W.T. telah berfirman di dalam al-Qur’an yang mafhumnya, “Sesungguhnya agama yang diterima oleh Allah S.W.T. adalah agama Islam”, dan sebesar-besar nikmat ke atas kita adalah agama kita, yakni agama islam, ia adalah agama yang akan membawa kita ke syurga.”

Beliau juga mengingatkan lebih dua ribu hadirin yang hadir, kepada perjuangan Rasulullah S.A.W. yang membawa perubahan melalui dakwah ke dalam masyarakat Arab Jahiliyah yang sebelum itu bergelumang dalam kemaksiatan dan kezaliman.

“Rasulullah S.A.W. datang dengan agama yang mulia ini dengan agama para anbiya’ di kalangan orang-orang yang berzina dan meminum arak dan orang-orang yang menghina wanita dan tidak mengiktiraf hak wanita, Rasulullah buat dakwah maka, keadaan mereka di semenanjung Arab berubah dari kaum yang menyembah berhala kepada kaum yang mengesakan Allah S.W.T. dan mengikut perintahNYA.”

Menyentuh tentang Malaysia, Dr Omar Muhammad juga menjelaskan bahawa Islam telah sampai ke negara ini semenjak ratusan tahun dahulu dan bukan sesuatu yang baharu.

“Islam telah sampai ke tanah ini sejak ratusan tahun dahulu dan yang mahu tengok bukti ini boleh baca sejarah, bahawasanya tanah ini adalah tanah Islam semenjak ratusan tahun dahulu dan Islam di Malaysia bukan sesuatu yang baru.”

Dr Omar Muhammad juga menukilkan sejarah Sultan Alauddin Sulaiman Shah, iaitu Sultan bagi negeri Selangor yang ke-5 dan merupakan seorang ulama serta telah berusaha gigih demi mempertahankan Ahlu Sunnah Wal Jamaah di negeri tersebut.

Sultan Alauddin Sulaiman Shah dalam usaha baginda telah menulis buku yang bertajuk “Kitab Pohon Ugama, Bahagian Rukun Iman”.”

“Contoh usaha pemerintah, para Sultan dan Agong dalam mempertahankan akidah dan Islam di negara ini seperti Sultan Alauddin Sulaiman Shah yang merupakan seorang alim sepertimana Sultan Salahuddin al-Ayubi, berusaha mempertahankan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. Baginda memerintah Selangor selama 40 tahun dan merupakan seorang Sultan yang bertaqwa kepada Allah S.W.T. Baginda juga menyampaikan khutbah pada setiap hari Jumaat, kedua-dua Hari Raya serta telah menulis kitab yang bertajuk “Kitab Pohon Ugama, Bahagian Rukun Iman”.”

Comments