Home Tempatan Inisiatif Halal Fast Lane bakal dorong bangun industri halal dunia

Inisiatif Halal Fast Lane bakal dorong bangun industri halal dunia

SHARE

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Pengenalan proses pengesahan halal yang dipercepatkan ke atas pelbagai produk, ‘Halal Fast Lane’ oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bakal menjadi pendorong kepada pembangunan industri halal di seluruh dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, aspek halal semakin mendapat perhatian masyarakat umum di seluruh dunia membabitkan bukan sahaja umat Islam tetapi juga daripada kalangan bukan Islam terutama dalam mencari produk farmaseutikal alternatif, dilihat sebagai satu trend yang amat memberangsangkan.

“Inisiatif Halal Fast Lane dapat membantu memacu pembabitan lebih besar daripada pengeluar serta badan persijilan halal yang diiktiraf bersama untuk memastikan produk mereka patuh syariah serta menawarkan pilihan lebih baik kepada umat Islam dan bukan Islam,” ujarnya di Majlis Penganugerahan Pembaharuan Sijil Pengesahan Halal melalui inisiatif Halal Fast Lane di Bandar Baru Bangi dekat sini, hari ini.

UTUSAN ONLINE

Comments